Set Makanan Berpantang Yang Sesuai untuk Ibu-ibu Yang Baru Lepas Bersalin

Selamat bersalin kepada semua ibu-ibu yang baru sahaja lepas operate! Kitaorang doakan semoga baby anda sentiasa sihat termasuklah anda.

Sekarang ni mesti risau bila berpantang ni kena jaga makan. Tak boleh makanan makanan bergoreng, tak boleh makan daging, itu tak boleh, ini tak boleh… kang luka bersalin lambat sembuh.

Habis tu nak makan apa?

Jangan risau, akak boleh order confinement menu dengan kitaorang Maidah Kitchen.

Apa itu “confinement”? Maksudnya “berpantang”. Jadi dengan kata lain confinement menu ni sesuai untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Bahaya tau makan sembarangan, nanti luka bersalin lambat sembuh.

Menu yang kitaorang ada:

IKAN·  Ikan Selar Stim Halia  
·  Ikan Dory Asam Manis
·  Bawal Putih Panggang
·  Ikan Selar Singgang
·  Sup Ikan Haruan
·  Sup Ikan Dory & Sengkuang Cina
·  Ikan Bilis Kunyit
AYAM·  Ayam Bakar  
·  Ayam Masak Halia
·  Ayam Grill Black Pepper
·  Sup Ayam
·  Ayam Ungkep
·  Ayam Stim
SAYUR·  Sup Lobak Putih  
·  Kerabu Pegaga
·  Serunding Halia
·   Sup Sayur Brokoli

Kenapa akak kena makan confinement set ni? Sebabnya:

  • Menu hanya yang berkhasiat sahaja dan kami pilih lauk-lauk yang banyak membekalkan protein penting dalam tempoh penyembuhan seperti ayam dan ikan. Sebab tu tak ada daging dalam menu ni.
  • Kurang minyak. Kami banyakkan gril, panggang, sup, stim dan lain-lain.
  • Portion (bahagian) terkawal supaya ada makan secukupnya sahaja. Makanan berkhasiat pun kalau makan lebih daripada keperluan tak membantu jugak!
  • Garam dan gula terkawal, ataupun tak ada langsung.

Kami boleh hantar terus ke rumah akak. Kalau akak duduk kat Putra Heights dan kawasan sekitar (Puchong, USJ, Alam Megah dan Subang Jaya) caj penghantaran percuma je. Luar kawasan baru kena caj.

Kalau tak larat nak masak boleh call kitaorang 011-2153 7670.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *