Set Makanan Berpantang Kami Tak Ekslusif Untuk Ibu Lepas Bersalin Sahaja!

Post sebelum ni kami ada bagitau yang kami ada confinement menu yang sesuai sangat untuk ibu yang baru lepas bersalin.

Tapi, jangan la ingat ibu yang tengah berpantang saja boleh order. Yang tak ibu, tak bersalin, tak perempuan tak boleh order ke? Bukan macam tu ya…

Confinement maksudnya “berpantang”, dengan kata lain berpantang makan makanan yang dapat memudaratkan anda. Kalau tak jaga pantang ni bukan setakat luka lambat sembuh, tambah pulak gatal-gatal naik satu badan.

Confinement menu kami sesuai untuk semua golongan antaranya:

  • Orang yang nak diet.
  • Orang yang nak amalkan gaya pemakanan yang sihat.
  • Orang yang sakit (deman / selsema dan sebagainya) dan berehat kat rumah.
  • Orang yang baru lepas kemalangan / kecederaan serius dan dalam tempoh sembuh dari luka.

Kami bagitau sekali lagi kenapa confinement set ni best:

  • Menu hanya yang berkhasiat sahaja dan kami pilih lauk-lauk yang banyak membekalkan protein penting dalam tempoh penyembuhan seperti ayam dan ikan. Sebab tu tak ada daging dalam menu ni.
  • Kurang minyak. Kami banyakkan gril, panggang, sup, stim dan lain-lain.
  • Portion (bahagian) terkawal supaya ada makan secukupnya sahaja. Makanan berkhasiat pun kalau makan lebih daripada keperluan tak membantu jugak!
  • Garam dan gula terkawal, ataupun tak ada langsung.

Tengok menu kami kat bawah:

IKAN·      Ikan Selar Stim Halia
·      Ikan Dory Asam Manis
·      Bawal Putih Panggang
·      Ikan Selar Singgang
·      Sup Ikan Haruan
·      Sup Ikan Dory & Sengkuang Cina
·      Ikan Bilis Kunyit
AYAM·      Ayam Bakar  
·      Ayam Masak Halia
·      Ayam Grill Black Pepper
·      Sup Ayam
·      Ayam Ungkep
·      Ayam Stim
SAYUR·      Sup Lobak Putih  
·      Kerabu Pegaga
·      Serunding Halia
·      Sup Sayur Brokoli

Kalau berminat nak order boleh call kitaorang 011-2153 7670. Penghantaran percuma untuk kawasan Putra Heights dan sekitarnya (Puchong, USJ, Alam Megah dan Subang Jaya). Kalau luar kawasan ada caj penghantaran.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *