Berjaya Ke Kempen #StayAtHome #DudukRumah ?

Kalau berjaya, kenapa mereka yang terjangkit masih meningkat?

Kenapa ATM digerak untuk membantu PDRM?

Sesungguhnya manusia hanya merancang, dan government pun terdiri daripada manusia biasa yang tak tahu apa bakal berlaku. sekurang-kurangnya, mereka telah melakukan yang terdaya dan terbaik untuk mengekang penularan wabak ini daripada menjadi lebih kritikal, seperti Itali.

Pada masa kritikal ini,

❎ elakkan berbalah,

❎ tuding menuding sepatutnya begitu, sepatutnya begini

sebaiknya dengarlah daripada satu sumber. Kalau kita ada pendapat, majukan dengan cara berhemah, kepada pihak yang bertanggungjawab. Sabar dan banyakkan bertenang.

Hari ini masuk hari ke 6. Hasil #MRO yang dikuatkuasakan kerajaan, nampaknya graf penularan COVID-19 semakin mendatar. Jangkitan ataupun kes baru tak dapat dihalang, tetapi grafnya tidaklah mencanak naik. Ini menunujukkan, penularan COVID-19 di Malaysia boleh dikawal melalui MRO.

Hanya kini para petugas perubatan, sedang giat membantu fronliners melalui kajian demi kajian mencari vaccine yang terbukti berkesan untuk menghentikan COVID-19. Sama-sama kita berdoa dan bersabar!

Susah nak dapatkan bahan mentah sekarang. Risiko tinggi bila keluar dan beratur di pasaraya. Untuk makluman semua, Maidah Kitchen bersama D’Ansar Mart masih dibuka sebagai perkhidmatan yang dibenarkan. Join telegram kami untuk dapatkan menu dan pilihan barangan asas yang boleh kami hantarkan untuk kemudahan anda.

📲 t.me/putraheightsdelivery

adm_san

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *