Makanan Aafiyat Musim COVID-19

Tahukah anda anda banyak barangan di dapur yang sangat baik untuk meningkatkan imunisasi dalam badan. Imunisasi sangat penting untuk meningkatkan daya tahan sakit dalam tubuh badan dan seterusnya melindungi diri kita daripada pelbagai penyakit

OAT DAN BARLI
Bijirin ini mengandungi beta glukan, sejenis serat yang bersifat antimikrob dan memiliki keupayaan antioksidan. Ia meningkatkan imuniti tubuh, mempercepatkan luka sembuh dan membantu antibiotik bekerja dengan lebih cekap. Jom pakat buat ayaq barli tengahari ni, jangan lupa kurangkan gula!

BAWANG PUTIH
Bawang putih memiliki bahan aktif alisin (allicin) yang boleh melawan jangkitan dan bakteria. Pengambilan dua ulas bawang putih mentah sehari atau mencampurkannya dalam masakan boleh memberi kebaikan pada tubuh. Apalagi, nanti masak letak bawang banyak-banyak

CENDAWAN
Selama berkurun, ramai masyarakat di dunia mengambil cendawan untuk mendapatkan zatnya bagi meningkatkan imuniti tubuh. Cendawan juga mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih menjadi agresif untuk melawan serangan penyakit. Sup cendawan pun sedap tengahari ni hehe

MADU
Tahukah anda madu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan anti-kulat, yang dapat membantu mengurangkan bakteria punca penyebab penyakit. Jadi gantikan gula dengan madu, lebih sihat dan pemanis semulajadi anda!

Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati

Sama-Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat 🤗

 

P/s Susah cari? Biar kami carikan https://api.whatsapp.com/send?phone=60103614244&text=groceries-preorderayam

Tak reti masak? Kami masakkan! http://www.wasap.my/601121537670/alacartemenu

adm_san

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *