Apa peluang untuk business restoran pasca COVID?

Sentimen negatif penularan COVID-19 (Coronavirus) dalam jangka pendek ini akan memberi kesan kepada pelbagai perniagaan terutama dalam sektor restoran,  pengguna, pengangkutan, pelancongan dan peruncitan. Oleh itu kami cadangkan, tempoh ini sebaiknya digunakan sebagai ruang membaiki semula asas perniagaan serta menyelaras kembali strategi perniagaan masing-masing pasca Covid-19.

Bagi perniagaan restoran, mereka akan menghadapi masalah dari segi kekurangan pelanggan. Jika sebelum ini, mereka menerima pelanggan yang datang ke restoran pada setiap hari ataupun mendapat pesanan dalam kuantiti yang besar untuk majlis-majlis seperti perjumpaan persatuan, kenduri, mesyuarat dan majlis santai. Walau bagaimanapun, akibat daripada Covid-19 ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan menyebabkan pergerakan telah terbatas dan tidak dibenarkan untuk ke luar rumah sesuka hati apatah lagi mengadakan majlis.

Namun begitu, dengan teknologi yang sedia ada, pengusaha restoran boleh mengembangkan lagi perniagaan mereka melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan Telegram. Kadar peratusan pengguna sosial media tentunya semakin meningkat sewaktu tempoh PKP ini memandangkan ramai yang berada di rumah di samping keluarga dan menggunakan sosial media mereka. Kesempatan ini seharusnya digunakan oleh pengusaha restoran untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Untuk memenuhi kehendak pelanggan pula, servis penghantaran makanan ke rumah boleh dilakukan. Dengan ini, pemilik restoran dapat memberi peluang kepada pekerja-pekerjanya untuk terus bekerja, selain turut membuka peluang bagi rider sepenuh masa mahupun separuh masa, ataupun mereka yang dicutikan daripada kerja atau yang terjejas akibat PKP, untuk mempunyai sumber mata pencarian.

Alternatif lain, pengusaha restoran juga boleh mengeluarkan produk makanan sejuk beku seperti kuih muih, pes serbaguna, makanan berperap,  memandangkan ramai yang tetap bekerja walaupun duduk di rumah. Situasi ini agak menyukarkan kerana perlu kerap ke dapur menyediakan hidangan. Selain itu, ini potensi memasarkan produk siap untuk si bujang yang tinggal sendiri atau tak tahu memasak.

Kesimpulannya, usahawan-usahawan perlu berfikir secara kreatif bagi terus memajukan perniagaan mereka walau penuh dengan cabaran yang perlu dihadapi. Kekal positif dan percaya selain terus berusaha gigih, pasti akan membuahkan hasil.

adm_san

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *